UCL
Pochettino kekal fokus bentuk skuad terbaik PSG
Ketua jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino berkata dia tidak berpuas hati dengan khabar angin Manchester United yang berterusan.
Pochettino telah dikaitkan dengan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) United, yang mencari pengurus jangka masa panjang berikutan pelantikan pengurus sementara, Ralf Rangnick, sehingga penghujung musim ini.
Laporan telah mendakwa Pochettino berminat untuk kembali ke England, di mana dia sebelum ini membimbing Tottenham ke final Liga Juara-Juara 2019, juga pernah berkhidmat untuk Southampton.
Iklan
Pendahulu Ligue 1 PSG telah dikritik kerana prestasi mereka musim ini berikutan keputusan seri 1-1 di Lens, manakala spekulasi mendakwa Lionel Messi semakin tidak berpuas hati dengan pendekatan Pochettino.
Tetapi ketika PSG bersedia untuk perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi esok bertemu Club Brugge, Pochettino menegaskan dia tenang ketika khabar angin itu terus bertiup kencang.
"Saya berasa amat baik dan tenang kerana setiap pemain masih lagi bersama saya. Saya masih lagi mendapat sokongan daripada kelab di mana mengetahui apa yang kami usahakan.
"Kami sebahagian dalam proses perkembangan. Terdapat dua perkara yang berkembang, salah satu daripadanya dapat dilihat, iaitu gaya permainan pasukan. Dan taktikal, serta komunikasi, dan gabungan antara pemain dalam gaya permainan pasukan dan semua ini memakan masa yang panjang."
Must-Watch Video