Skip to main content

Bola Sepak

PKNS ambil khidmat Kozubaev

pkns.jpg
PKNS FC melengkapkan senarai import mereka bagi menghadapi kempen Liga Super musim ini dengan mengikat pemain pertahanan kebangsaan Kyrgyzstan, Tamirlan Kozubaev, sebagai kuota import Asia.

Kozubaev bakal memperkuatkan benteng pertahanan skuad Semut Merah itu selepas membantu negaranya mara sehingga ke pusingan 16 Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Malah, dia juga merupakan kapten bagi pasukan Kyrgyzstandalam Sukan Asia di Indonesia tahun lalu.

Jelas pemain berusia 24 tahun itu, dia banyak mengikuti perkembangan bola sepak di Malaysia sejak terbabit dengan aksi persahabatan menentang Harimau Malaya di Melaka, Oktober tahun lalu.

Selain Kozubaev, PKNS turut diperkuatkan oleh Kpah Sherman, Romel Morales dan Chan Vathanaka di samping kepulangan semula Gabriel Guerra.

"PKNS merupakan pilihan yang baik buat saya dan saya pernah beraksi berdepan skuad Malaysia sebelum ini," kata Kozubaev.

Sementara itu, pengurus PKNS, Mahfizul Rusydin Abd Rashid, mengakui cabaran buat Kozubaevialah untuk segera menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang lain menjelang sepak mula kempen Liga Super, Jumaat ini.

Selain itu, beliau yakin Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) buat pemain itu dapat diperoleh selewat-lewatnya Rabu ini bagi melengkapkan proses pendaftarannya bersama badan pentadbir liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

"Saya berharap keserasian di antara pemain-pemain dapat dibentuk sebelum saingan bermula," kata Mahfizul.
 

Advertisement

Must Watch Video