Skip to main content

Bola Sepak

PKNP ikat pemain import keempat

yero1.jpg
PKNP FC mengikat pemain import keempatnya, iaitu Kalidou Coulibaly Yero.

Pemain tinggi lampai dari Senegal itu memeterai ikatan dengan PKNP di pejabat Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, tengah hari tadi.

"Kami sudah melengkapkan bilangan pemain import, iaitu empat orang buat sementara waktu ini. 
  
"Jika ada keperluan, kami akan tambah seorang lagi kemudian, " katanya selepas majlis menandatangani kontrak Yero.

Sebelum ini, PKNP FC mengikat tiga pemain import, iaitu pemain Ghana, Thomas Abbey, pemain pertahanan dari Tajikistan, Siyovush Asrorov dan Yashir Islame Pinto dari Palestin.

Zainol yang teruja dengan ketinggalan 1.97meter pemain itu berkata Yero akan bergandingan dengan Pinto untuk mewujudkan gandingan digeruni dalam kancah Liga Super 2019 bermula bulan depan.

Menurut Zainol, pemain berusia 27 tahun itu dicadangkan kepada PKNP oleh kenalan ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, dan diharap akan menjadi aset besar kepada pasukan.

Katanya, Abu Bakar berpeluang menguji pemain itu apabila mereka mengadakan perlawanan pra-musim dengan PKNS FC di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, malam esok.
 

Advertisement

Must Watch Video