PKNP FC berharap dapat memperbaiki pencapaian musim lalu dalam kancah Liga Super 2019 yang akan bermula bulan depan.
Jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, berharap anak didiknya meneruskan kecemerlangan mereka seperti ketika menduduki tangga kesembilan untuk kekal dalam Liga Super musim ini.
"Jika boleh, saya berharap kami mampu menempatkan diri dalam kelompok enam teratas kali ini.
"Dengan pengalaman yang ditimba dalam Liga Super musim lalu, saya percaya pemain bersedia untuk mengharungi cabaran musim ini," katanya.
Bagaimanapun, kejayaan besar pasukan konglomerat itu ialah mara hingga ke separuh akhir Piala FA 2018 dan beliau berharap mereka mampu mengulanginya tahun ini.
Bagi memperkasakan pasukan, Abu Bakar sudah mengikat dua awang import, iaitu Thomas Abbey dari Ghana dan pemain Tajikistan, Siyovush Asrorov.
Kini, jurulatih itu memburu dua penggempur luar bagi menerajui jentera serangan pasukan itu bersama pemain kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, dan Hafiz Ramdan.
Selain dua import itu, PKNP juga mendapat khidmat dua pemain berpengalaman, Mohd Hafiz Kamal, dan Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri.
"Setiap pasukan perlukan penyerang berwibawa bagi menentukan kejayaan pasukan. Saya harap pencarian itu akan berjaya dalam tempoh terdekat," tambahnya.
"Saya berharap mereka akan memainkan peranan besar dan mengimbangi pasukan kerana kami memiliki ramai pemain Piala Presiden dan Sukma."