Gerard Pique mahu Ernesto Valverde kekal selaku ketua jurulatih Barcelona walaupun masa depannya masih belum ditentukan lagi.
Kontrak Valverde dijangka berakhir pada penghujung musim ini manakala Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, memberitahu pada Oktober lalu bahawa pengendali berusia 54 tahun itu akan kekal mengemudi pasukan hingga 2020.
Bagaimaanpun, Valverde dan Barca mempunyai pilihan untuk menamatkan kontrak tersebut setahun lebih awal.
Bercakap selepas Barcelona meraih kemenangan 2-1 ke atas Getafe semalam, Pique berkata, "Ia merupakan keputusan yang harus dibuat oleh Valverde dan kami akan terus menghormatinya kerana beliau adalah jurulatih pasukan.
"Kami sangat berpuas hati jika dapat terus bekerjasama dengan beliau.
"Beliau menghadirkan ketenangan dan menghasilkan keputusan menerusi persembahan yang dipamerkan Barcelona," katanya.
Lionel Messi dan Luis Suarez menjaringkan gol untuk membenarkan Barcelona kekal di puncak liga dengan kelebihan lima mata.
Barca kini memiliki kelebihan 10 mata ke atas penghuni tangga kelima, Real Madrid, yang tewas 2-0 kepada Real Sociedad.
"Saya tidak pasti kekalahan Real mengubah corak saingan LaLiga ataupun tidak tetapi kami masih lagi menganggap mereka sebagai seteru."