Skip to main content

Bola Sepak

'Pilihlah seorang presiden FAM yang jujur, tidak ikut kehendak siapa-siapa'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aj_1.jpg
Bekas penyerang kebangsaan, Azlan Johar, mempunyai harapan menggunung untuk melihat pelantikan presiden baru yang berkualiti dan berkaliber buat Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres akan datang.

Katanya, ia demi mengelak daripada apa yang sudah terjadi memandangkan bola sepak Malaysia dibelenggu dengan situasi kontroversi bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hingga menjadi tumpuan dunia.

"Kepada semua pihak berwajib yang mempunyai kuasa untuk memilih presiden FAM, sila fikir betul-betul dan pilihlah seorang individu yang mempunyai pengalaman dan kebolehan. 

"Paling penting, pilih seorang presiden yang jujur, dan tidak mengikut kehendak siapa-siapa walaupun siapalah yang meminta anda buat sesuatu perkara yang anda tidak boleh lakukan, cakaplah. 

"Sebagai presiden yang berintegriti, anda harus menggunakan kuasa anda sebaiknya demi kemajuan bola sepak negara.

"Jika kita tidak mempunyai seseorang yang telus, bola sepak kita tidak akan ke mana," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam. 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video