Skip to main content

Bola Sepak

Piatek bakal jadi taruhan AC Milan robek gawang Napoli

piatek_1.jpg
Krzysztof Piatek bakal membuat kemunculan pertamanya bersama AC Milan ketika berdepan Napoli apabila tersenarai dalam skuad kendalian Gennaro Gattuso itu.

Pemain antarabangsa Poland itu menyertai Milan dengan yuran €35 juta (RM164.5j) minggu ini setelah mencatat 13 gol dalam Serie A untuk berpindah daripada Genoa.

Piatek menggantikan Gonzalo Higuain selepas tempoh pinjaman penyerang itu di San Siro disingkatkan untuk membenarkannya menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

Milan kehilangan Cristian Zapata, Lucas Biglia, Giacomo Bonaventura, Pepe Reina dan Mattia Caldara ekoran kecederaan menjelang aksi awal pagi esok. 

Pasukan bimbingan Gattuso itu berada di tangga keempat Serie A dengan tercicir 13 mata di belakang Napoli, yang menjadi pencabar terdekat Juve untuk merebut kedudukan puncak. 

Bercakap dalam sidang berita pra-perlawanan semalam, Gattuso memuji kehausan Piatek dalam pemburuan gol.

"Piatek kelihatan seperti Robocop," kata pengurus Milan itu. "Dia mengucapkan beberapa perkataan, 'Saya mahu menjaringkan gol dan memecahkan semua rekod'.

"Dia juga telah membuktikannya ketika mengikuti sesi latihan pertama semalam."

 

Advertisement

Must Watch Video