Skip to main content

Bola Sepak

Piala Sumbangsih: Trofi sulung bakar semangat Forestieri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fernando-forestieri.jpg
Penyerang import baru dari Argentina, Fernando Forestieri, kini lebih bersedia untuk melakar nama dalam Liga Malaysia (Liga-M) bersama Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Serie A itu antara watak utama ketika merobek gawang juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City, untuk menjulang Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut di Stadium Sultan Ismail Ibrahim, malam tadi. 

Forestieri, 32, melepaskan satu tendangan padu untuk gol kedua babak awal perlawanan dalam kemenangan 3-0 itu. 




Ia juga detik paling bermakna buatnya yang meraih trofi pertama sejak memulakan karier di  Newell's Old Boys pada 2003. 

"Bola sepak merupakan keghairahan saya.

"Apabila anda melakukan sesuatu yang menarik, sukar untuk saya jelaskan, saya rasa mahu menangis.

"Saya sangat gembira kerana memiliki peluang seperti ini. Saya mahu memenangi sesuatu. 

"Saya bertekad melakukan yang terbaik," katanya sebelum menangis. 


 

Advertisement

Must Watch Video