Skip to main content

Bola Sepak

Piala Shopee: Terengganu buru mata penuh bertemu Shan United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badrul-afzan.jpg
Menjelang saingan Piala Shopee menentang Shan United, ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, tidak memandang rendah tuan rumah yang ketika ini berada di tangga tercorot Kumpulan A dengan dua kekalahan.
 

Badrul bagaimanapun melaungkan keyakinan, ini antara peluang terbaik buat pasukannya meraih tiga mata penuh apabila sebelum ini sekadar berjaya mencuri satu mata sahaja dalam dua perlawanan.

Sementara itu, Badrul tidak mahu menjadikan jadual yang padat sebagai alasan untuk Terengganu tidak tampil dengan aksi terbaik.

Walaupun masih bersaing dalam tiga kejohanan utama musim ini, Badrul mengambil pendekatan untuk kekal fokus dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Advertisement

Must Watch Video