Kejohanan bertaraf Asia Tenggara (ASEAN) menghimpunkan beberapa pasukan terbaik daripada setiap liga rantau itu untuk menentukan siapakah yang akan menjadi Raja Bola Sepak Asia Tenggara.
Buriram United diangkat selaku juara bertahan selepas menewaskan wakil Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN), dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, musim lalu.
Namun, di manakah Indonesia?
Tiada kelibat wakil negara itu dalam edisi kali ini.
Mengikut peraturan, penganjur menetapkan supaya juara dan naib juara setiap liga masing-masing untuk menyertai kejohanan itu.
Tetapi, Indonesia difahamkan menghantar Persebaya Surabaya dan Malut United yang menduduki tempat ketiga dan keempat liga selaku wakil.
Sepatutnya, Persib Bandung dan Dewa United yang perlu menggalas tanggungjawab itu.
Menurut laporan, badan induk mengambil keputusan untuk menolak pencalonan tersebut dan meneruskan permainan tanpa wakil Indonesia.
Selepas Kuala Lumpur (KL) City dan Terengganu, giliran Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dipilih sebagai gergasi Liga Super untuk beraksi menjelang Ogos depan.
Pecahan undian menyaksian The Red Giants terpaksa menempuh laluan maut apabila perlu berdepan jaguh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Buriram United dan BG Pathum, selain naib juara kejohanan edisi lalu dalam Kumpulan A.
Sementara, juara Unifi Piala Malaysia itu perlu akan bertemu kelab seberang tambak, Lion City Sailors (LCS), Bangkok United, Nam Dinh dan lain-lain lagi dari Kemboja, Laos dan Filipina serta Brunei.