Skip to main content

Bola Sepak

Piala Shopee: Buriram United akhiri kempen KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-city-buritam.jpg
BURIRAM 1 KL CITY 0

Peluang Kuala Lumpur (KL) City untuk ke separuh akhir Piala Shopee Kelab ASEAN tertutup apabila tewas 0-1 kepada Buriram United di Chang Arena, Bangkok, sebentar tadi. 


Anak buah Miroslav Kuljanac itu berdepan hakikat bahawa sebarang keputusan selain kemenangan akan menggagalkan usaha melepasi rintangan Kumpulan B. 

Namun, tuan rumah memastikan slot kedua -- bagi mengiringi wakil Vietnam, Cong An Hanoi, ke pusingan kalah mati divisyen ketiga saingan Asia itu. 

Bentang KL City yang beberapa kali mengekang asakan lawan roboh jua pada minit ke-37. 

Pemain import Buriram, Lucas Crispim, yang tidak dikawal mudah menyempurnakan umpanan silang leret daripada Theerathon Bunmathan.

Dengan momentum ternyata milik tuan rumah, Buriram menyambung babak kedua dengan penuh keyakinan dalam memburu gol kedua perlawanan.

Tetapi Hafizul cekap menafikan bukan satu, tapi dua percubaan berturut-turut ke arah gawang.

Sayangnya, KL City kesuntukan masa dalam menjelmakan gol penyamaan dan terpaksa menerima hakikat tewas 0-1 sekaligus tersingkir dari perjuangan Piala Shopee musim ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video