BOLA SEPAK
Piala Presiden PAFA: Kerian lunas impian bergelar juara
KERIAN 1 IPOH 1
(Kerian menang 4-3 melalui sepakan penalti)
Kerian FA muncul juara Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) 2019 selepas menundukkan Ipoh FA 4-3 melalui sepakan penalti di Stadium Perak, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 pada akhir masa permainan sebenar.
Iklan
Kerian mendahului 1-0 melalui jaringan Saiful Azmi Mohamad pada minit ke-40.
Bagaimanapun, Ipoh yang diperkuatkan dengan sentuhan pemain dua sekolah gergasi bola sepak Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat dan SMK Anderson bangkit dalam babak kedua.
Kesungguhan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Muhammad Aiman Shafiq menyamakan kedudukan pada minit ke-71 untuk memaksa penentuan melalui sepakan penalti.
Dalam siri lima sepakan itu, Kerian berjaya menyumbat empat gol berbanding lawan yang hanya menyempurnakan tiga sepakan.
Dengan kejayaan itu, Kerian meraih hadiah wang tunai RM7,000 manakala Ipoh terpaksa berpuas hati dengan RM4,000.
Sementara itu, Larut Matang Selama dan Kampar FA yang berkongsi kedudukan ketiga masing-masing meraih RM2,000.
Sebanyak 12 pasukan yang terdiri daripada ahli gabungan termasuk Majlis Sukan India (MSIP) menyertai kejohanan kategori B-19 antara daerah itu.
Editor: Shaiful Shamsudin
Must-Watch Video