Skip to main content

Bola Sepak

Piala Presiden PAFA: Ipoh FA tiada kelebihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ipoh.jpg
Tiada kelebihan buat pasukan Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) apabila turun menentang Kerian FA dalam final Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di Stadium Perak, petang esok. 

Walaupun menurunkan pemain daripada dua pasukan sekolah gergasi bola sepak negeri, SMK Gunung Rapat dan SMK Anderson, dalam kejohanan Antara Daerah B-19 itu, pengurus Ipoh, Khir Johari Mohasisin, tidak mengannggap kelebihan berpihak kepada mereka. 

"Tiada sebarang kelebihan. Malah siapa saja boleh menang. kedua-dua pasukan berpeluang menjadi juara," katanya. 

Cuma, Khir Johari yakin pemain Ipoh akan berusaha sebaik mungkin untuk merangkul gelaran juara yang menawarkan RM7,000, sekali gus menebus kehampaan sekadar melangkah ke peringkat suku akhir dalam edisi lalu. 

Sementara itu, kapten Ipoh, Muhammad Shahrin Aiman Mohd Shaberi, gembira kerana pasukannya berjaya melangkah ke perlawanan akhir. 

"Insya-Allah jurulatih bersama pemain telah membuat persiapan rapi untuk menentang pasukan Kerian FA.

"Walaupun kami menang 5-0 di peringkat separuh akhir menentang Kampar, namun dalam perlawanan akhir nanti, suasana dan auranya berubah. 

"Pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan menang, " katanya.



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video