Skip to main content

Bola Sepak

Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT mahu cipta hatrik gelaran, Selangor fokus tamat kemarau

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

piala-presiden.jpg
Menjelang perlawanan akhir pertama Piala Presiden 2024 melibatkan dua skuad gergasi iaitu Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) III.

Pasukan tuan rumah memberikan fokus utama kepada persiapan rapi terutamanya daripada aspek memperkukuhkan mentaliti para pemain agar lebih ampuh sebelum turun ke medan pertempuran nanti. 

Untuk rekod, Selangor pernah melakar lima kali kejuaraan disamping empat kali muncul sebagai naib juara. 

"Kali terakhir kami menang adalah pada tujuh tahun lalu (2017), oleh itu saya kerap berpesan pada pemain bahawa pasukan mana sekalipun yang kita hadapi persediaan adalah sangat penting." kata ketua jurulatih Selangor B-12, Muhammad Firdaus Aziz dalam sidang media hari ini.


 


"Tekanan dalam bola sepak adalah perkara biasa, tetapi bagaimana pemain menghadapi perkara itu adalah penting." tambah ketua pasukan Selangor B-21.

Dalam pada itu, juara dua edisi berturut-turut, JDT percaya "ubi" skuad Harimau Selatan bakal mempamerkan aksi terbaik mereka dalam edisi kali ini tanpa memandang rendah kemampuan lawan kerana  percaya Selangor turut mempunyai kekuatan dan kemampuan tersendiri. 






"Sebagai persediaan setiap pemain perlu berikan prestasi terbaik baru dapat hasil. kita tidak boleh pandang rendah kerana Selangor mempunyai kualiti yang lebih baik." kata  ketua pasukan JDT B-21, Irfan Shahkimi Shahrizal. 

Aksi peringkat akhir pertama akan berlangsung pada Rabu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula jam 8:15 malam. 

Advertisement

Must Watch Video