Skip to main content

Bola Sepak

Piala MFL: Gabriel Nistelrooy tunjuk taring

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gabriel-nistelrooy.jpg
Penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Gabriel Nistelrooy, menjadi ayam tambatan buat pasukan itu dengan membuktikan kemampuannya sebaik bergelar penjaring terbanyak Piala MFL.

Penyerang sensasi itu mendaftarkan 24 jaringan sepanjangan saingan Piala MFL, yang melabuhkan tirai malam tadi.

Dalam aksi terakhir Piala MFL menentang Penang II, Gabriel, yang beraksi selaku pengempur utama, meledakkan dua jaringan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Kemenangan ke atas Penang II itu menobatkan JDT II selaku juara Piala MFL 2024/25 dengan Selangor II menduduki tangga kedua.

Musim lalu, Gabriel menjadi penjaring kedua terbanyak dengan merekodkan 13 gol di belakang pemain Kedah Darul Aman B (KDA B), Ebenezer Assifuah, yang meledakkan 16 jaringan.

Dia juga tersenarai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) dalam kategori pemain Piala MFL terbaik bersama-sama dua pemain Selangor II, iaitu Haykal Danish Haizon dan Harry Danish Haizon.

 

Advertisement

Must Watch Video