Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri B-23 ASEAN: Fergus Tierney harap keluarga dapat hadir di Stadium Gelora Bung Karno

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fergus-tierney.jpg
Penyerang Harimau Muda, Fergus Tierney, berharap keluarganya dapat menghadirkan sokongan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sempena Piala Mandiri B-23 ASEAN pada 21 Julai ini. 

Perseteruan kedua-dua pasukan ini bertambah menarik memandangkan perlawanan ketiga Kumpulan A itu menjadi penentu kedudukan kedua-dua pasukan tersebut selepas berentap dengan Filipina dan Brunei. 

"Saya harap ada tiket kosong untuk keluarga saya.




"Tapi kita semua sudah tahu penyokong Indonesia, mereka sokong gila-gila. 

"Jadi saya memang teruja untuk bermain di depan penyokong mereka," kata penyerang kelab Sabah itu. 

Advertisement

Must Watch Video