Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Pesanan Zainal Abidin buat barisan negara jelang lawan Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal-malaysia.jpg
Tiada pilihan lain buat barisan kendalian Nafuzi Zain itu jika tidak mahu pulang awal Piala Mandiri ASEAN B-23 ini.

Kemenangan adalah wajib dan tuntutan itu harus dilaksanakan di gelanggang keramat skuad Garuda, Stadium Gelora Bung Karno (SGBK), tatkala mereka sedang megah dengan kelebihan mereka dalam kempen Kumpulan A.

Ramai yang beranggapan, skuad B-23 negara bakal pulang awal, namun skuad muda negara sendiri sahaja yang mampu menafikan kenyataan nakal itu.

"Indonesia telah menunjukkan satu prestasi yang baik 

"Kemenangan ke atas Brunei akan melonjakkan keyakinan pemain negara. 





"Mereka menunjukkan karakter untuk bertemu Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan," kata bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan. 

Zainal berpandangan dalam dua perlawanan terdahulu, masih ada beberapa bahagian yang perlu diperbaiki segera bagi mengimbangi keadaan supaya tidak menjadi punca hasrat Malaysia tidak terlaksana pada malam Isnin ini.

"Pasukan memerlukan satu tahap yang begitu tinggi apabila berdepan Indonesia di stadium keramat mereka.

"Pemain ini tidak boleh anggap ini adalah perlawanan yang biasa. 

"Pemain perlu tingkatkan segala-galanya," katanya lagi. 

 

Advertisement

Must Watch Video