Saingan Piala Malaysia kini melewati kehangatan aksi separuh akhir semakin dirasai menyaksikan empat slot sudah pun diisi dengan pasukan Sabah menjadi pasukan ke empat melayakkan diri Isnin lalu!

Menurut legenda bola sepak tempatan, Azlan Johar, percaturan taktikal pengendali Sang Penyu, Badrul Afzan Razali, bakal diuji apabila menghadapi Harimau Selatan terutamanya dalam misi buru bekalan di laman sendiri, Gong Badak.

Situasi lebih sukar buat skuad Peteh apabila tidak dapat menggunakan khidmat dua tonggak pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid di pentas separuh akhir Piala Malaysia.

Sementara dalam satu lagi aksi, konsistensi Sabah dalam saingan Liga Super dilihat sebagai titik tolak buat Sang Badak untuk mengetepikan Sri Pahang di separuh akhir.

Untuk rekod, kali terakhir sabah melangkah ke final Piala Malaysia ialah pada musim 2003 namun tewas 0-3 kepada MPPJ Selangor.