Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Esteban Solari, gembira dengan respons positif pemain sayapnya, Arif Aiman Hanapi, untuk bangkit daripada prestasi kurang baik di pentas antarabangsa.
Bintang muda Harimau Selatan itu meledakkan satu gol ketika membantu kemenangan 3-0 JDT ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Paroi malam tadi.
Ironinya, aksi berkesan pemain berusia 21 tahun itu hadir selepas dia menerima kritikan hebat sebahagian peminat tanah air berikutan prestasinya dalam dua aksi persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Syria dan China minggu lalu.
Solari, bagaimanapun, gembira dengan persembahan yang dipamerkan Arif Aiman sewaktu pasukannya membenam Negeri Sembilan.
"Bagi saya, Arif Aiman sentiasa menyerlah setiap hari," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Bagaimanapun, ada ketika agak sukar sewaktu bersama skuad kebangsaan kerana anda bermain dengan sistem yang berbeza, dengan jurulatih berbeza dan rakan sepasukan yang berbeza, jadi ia bukan sesuatu yang mudah buatnya.
"Dia tiba di sini selepas melalui perjalanan panjang dan agak keletihan tetapi mahu bermain dan dapat menjaringkan satu gol dan mencipta peluang.
"Dia masih mahu bermain sehingga ke penghujung tetapi saya membuat keputusan untuk mengeluarkannya agar dia dapat berehat dengan secukupnya bagi perlawanan akan datang.
"Bagi saya dia cukup hebat. Dia cuma perlu percayakan kepada dirinya dan terus berkembang seperti yang dilakukannya sepanjang sembilan bulan ini," katanya.