Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, akur dengan kemampuan serta pengalaman penyandang juara Piala Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam kekalahan 4-1 di Ipoh, sebentar tadi.
Perak, yang hadir ke dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia dengan momentum yang cukup cemerlang sebelum ini, berdepan JDT dalam usaha memburu kelebihan selesa menjelang aksi timbal balik.
Bagaimananpun, JDT tanpa perlu menunggu lama apabila seawal minit ketujuh, Oscar Arribas menjaringkan gol pertama perlawanan bagi meletakkan JDT di hadapan 1-0.
Berselang dua minit kemudian, Perak FC berpeluang menyamakan kedudukan menerusi tandukan Seo Seonung namun berjaya diselamatkan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.
Gawang Perak FC bolos lagi pada minit ke-11 selepas Arif Aiman berjaya memperdaya penjaga gol Perak FC, Farhan Majid sekali gus menyaksikan kedudukan berubah 2-0.
Shahrul Saad dan Nazmi Faiz menambah dua lagi jaringan dalam separuh masa kedua sementara gol saguhati Perak terhasil menerusi Guaycochea.
Ditanya selepas tamat perlawanan, Yusri merumuskan, "Pengalaman.
"Dalam kekalahan ini, saya tetap bersyukur atas apa yang telah dipersembahkan barisan pemain Perak. Mereka telah menghadirkan sebaik mungkin persembahan dalam perlawanan ini.
"Jurang pengalaman serta usia barisan pemain antara kedua-dua pasukan menjadi pemisah dalam perlawanan.
"Terdapat beberapa jaringan yang dibolosi mungkin dapat dielak jika barisan pemain lebih matang dalam membuat keputusan.
"Walaupun pasukan gagal mendapatkan kemenangan di hadapan 21,000 penyokong yang hadir, saya tetap berbangga dengan barisan pemain saya.
"Hadir ke dalam perlawanan berikutnya, kami akan terus mencuba memperbaiki keputusan daripada perlawanan ini. Mengetahui berdepan lawan yang cukup unggul, kami tetap akan terus berusaha."
Kekalahan ini menyaksikan Perak berdepan tugas menggunung ketika berdepan JDT dalam aksi timbal balik 2 November depan.