Negeri Sembilan tempang untuk menghadapi perlawanan suku akhir Piala Malaysia bertemu pasukan gergasi, Johor Darul Ta'zim, di Paroi malam esok.
Kehilangan beberapa watak penting dalam kesebelasan utama tidak membuat ketua jurulatih skuad Jang, K. Devan, berputus asa untuk memberi persembahan terbaik ketika menentang kem pelawat.
"Pemain utama kami tidak dapat diturunkan termasuk Casagrande dan Shahrel Fikri Fauzi.
"Saya mungkin mengetengahkan Che Rashid Che Halim bergantung kepada keadaan selain Hein Htet Aung yang mepmunyai komitmen bersama pasukan kebangsaan.
"Tetapi persiapan kami berjalan dengan baik, begitu juga dengan fokus," katanya.
menurutnya lagi, taktikal bertahan sepanjang perlawanan enggan di laksanakan walau dua aksi di liga super sebelum ini menunjukkan hasil yang kurang memberansangkan...
"Kami tidak akan bertahan sahaja kerana akan bermain di tempat sendiri.
"Namun, mungkin corak permainan sedikit berbeza kerana kami perlu menggunakan kelebihan yang ada untuk menangani JDT," katanya lagi.