Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Kedah waspada tentangan skuad muda Perak

kedah-darul-aman-fc.jpg
Kedah Darul Aman FC (KDA) FC tidak memandang rendah keupayaan Perak FC apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Perak malam esok.

Ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain, berkata The Bos Gaurus menampilkan aksi yang semakin baik sejak akhir-akhir ini biarpun dua kemenangan dalam aksi Liga Super 2023 berpihak kepada Sang Kenari.

"Aksi menentang Perak di tempat lawan dalam saingan Piala Malaysia kali ini adalah cabaran yang tidak mudah buat kami.

"Perak menampakkan peningkatan dan ditambah pula dengan import baru dan pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini juga sudah kembali bermain dengan pasukan yang menunjukkan persefahaman semakin baik dan tersusun," katanya. 

Tambahnya, pemain KDA FC perlu bersedia mental dan fizikal kerana percaya lawan itu bakal memberikan tentangan yang cukup sengit, terutama daripada pemain-pemain muda pasukan tuan rumah.

"Daripada segi persiapan, kami perlu lebih bersedia kerana kami akan beraksi dua kali dan sudah semestinya kami mahu mencari satu keputusan yang positif untuk dibawa pulang bagi menghadapi pusingan kedua di Alor Setar.

"Saya menyeru penyokong Kedah supaya hadir memberi sokongan buat pasukan apabila kami beraksi di Ipoh nanti kerana kehadiran penyokong sendiri mampu menyuntik semangat Sang Kenari," ujarnya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video