Bekas kapten UiTM FC, Faizal Arif, membuat kemunculan semula selepas setahun tidak beraksi apabila menjadi rekrut baru Kuala Lumpur (KL) Rovers menjelang perlawanan timbal balik menentang Terengganu FC dalam pusingan 16, Piala Malaysia di tempat lawan Jumaat ini.
Pertahanannya menyertai KL Rovers pada jendela kedua perpindahan pemain dan kehadiran Faizal yang juga bekas pemain Sri Pahang FC tepat pada masanya untuk membantu kelab M3 itu membuat kejutan ke atas skuad Peteh.
"Terima kasih kepada jurulatih, Wan Mustaffa (Wan Ismail), atas peluang kedua untuk saya bermain kembali dalam kancah kompetitif.
"KL Rovers tidak tertekan, walaupun turun bukan selaku pasukan, tapi mana tahu andai ada rakan sepasukan yang menunjukkan bakat luar biasa, ada pasukan lain yang berminat untuk membuka pintu rezeki pada musim depan," katanya.
Sementara itu, penjaring terbanyak KL Rovers, Amer Saidin, bertekad membantu pasukan meraih keputusan positif sebagai hadiah buat ketua jurulatih, Wan Mustaffa.
Bekas pengendali UiTM itu tidak dapat menyertai pasukan ke Kuala Terengganu atas masalah kesihatan.
"Kami akan berikan saingan terbaik sebagai hadiah kepada jurulatih.
"Kami perlu segera sesuaikan diri dengan arahan pembantu jurulatih," katanya yang merekodkan tujuh gol dalam Liga M3 musim ini.

Haikal Noh sedia lakar sejarah tersendiri dalam penampilan kedua di pentas Kejohanan Dunia E-Football pic.twitter.com/J5e0VlZJeG
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 16, 2023