Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, berpuas hati dengan kemenangan Selangor FC ke atas Terengganu FC dalam aksi separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia.
Selangor merakamkan kemenangan pertama dalam sembilan pertemuan dengan Terengganu FC, keputusan 3-1 yang diperoleh menjadi bekalan untuk memburu slot ke final menjelang pertemuan separuh akhir kedua Isnin hadapan.
Ketinggalan terlebih dahulu menerusi jaringan Tchetche Kipre, skuad Gergasi Merah bangkit dengan tiga jaringan menerusi Richmond Ankrah, Herlison Caion dan Sharul Nazeem Zulpakar.
Dengan kemenangan tersebut menyaksikan Cheng Hoe mengekalkan rekod cemerlang sejak mengambil alih Selangor, dia memberikan pujian atas usaha pasukan ketika mengatasi skuad Peteh.
"Prestasi yang terbaik daripada barisan pemain Selangor. Tiada apa yang boleh diminta daripada apa yang telah mereka persembahkan dalam perlawanan ini," kata Cheng Hoe.
Tambah lagi, "Kami menyedari kemampuan pasukan Terengganu dan setiap perancangan telah dilaksanakan dengan baik.
"Kami perlu kekal fokus dalam perlawanan akan datang, menampilkan corak permainan yang sama, menghadirkan aksi fizikal dan tidak memberikan peluang untuk mereka melakukan gerakan."