PIALA MALAYSIA
Piala Malaysia: Bekalan gol bawa Sabah ke suku akhir
SABAH FC 1 KUCHING CITY FC 1
(Sabah ke suku akhir dengan agregat 4-1)
Kuching City FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Sabah FC 1-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16, Piala Malaysia di Stadium Likas sebentar tadi.
Kemenangan 3-0 yang diraih Sabah dalam pertemuan di Stadium Negeri, Sarawak pada 5 Ogos lalu memastikan kemaraan The Rhinos ke suku akhir hasil kemenangan agregat 4-1.
Iklan
Rizal Ghazali melebarkan kelebihan agregat Sabah pada minit ke-27 apabila menolak masuk bola daripada sepakan percuma lintang Saddil Ramdani.
Bagaimanapun, Kuching City kembali mengikat kedudukan dalam babak kedua, di mana Ramesh Lai menanduk masuk bola hantaran jauh gemilang Petrus Shitembi pada minit ke-58 tetapi mereka gagal menambah sebarang jaringan sehingga ke wisel penamat.
Sabah seterusnya akan menghadapi Perak FC dalam dua aksi penentuan ke separuh akhir bulan depan.
Must-Watch Video