Pengurus pasukan Kuching FA, Fazruddin Abdul Rahman, yakin pemain-pemainnya akan beraksi dengan baik dan membawa bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala FAM di Stadium Negeri, malam ini.
Fazruddin berkata aksi bertemu UKM FC itu tidak seharusnya disia-siakan kerana bekalan gol yang banyak akan memberi jaminan untuk bekas juara pertama Liga Bola Sepak Rakyat itu melangkah lebih jauh dalam penampilan sulungnya dalam Liga FAM.
"Kita sekarang sedang berada dalam keadaan terbaik.
"Malah, kesemua pemain teruja dapat beraksi sejauh ini dalam penyertaan pertama pada musim ini," katanya.
Fazruddin berkata UKM FC yang dipimpin Sulaiman Hussin bukanlah pasukan yang kecil anak kerana pada musim ini telah membawa masuk banyak pemain bertaraf kelab dan negeri.
Justeru, sebagai persediaan menghadapi perlawanan malam ini, katanya, pengurusan Kuching FA telah membawa bekas ketua jurulatih Bujang Senang, Abdul Jalil Rambli, dalam salah satu sesi latihannya untuk berkongsi panduan dan nasihat.
"Malah beliau sempat memberi motivasi kepada para pemain sambil menitip pesanan agar pasukan ini memperkukuh beberapa strategi," katanya lagi.
Pada masa yang sama, katanya, beliau juga gembira beberapa tonggak yang sebelum ini digantung kerana aksi keras ketika menentang SAMB FC, dapat diturunkan malam ini.
"Saya berharap Mohammad Shafitri Salim, Remenor Pit dan Rafiezan Razali akan dapat memainkan peranan yang besar dalam misi memburu gol," tambahnya.
Selepas aksi malam ini, Kuching FA akan bertandang ke Stadium UKM Bangi untuk perlawanan timbal balas pada 27 September.