PIALA FA

Piala FA: Tan Cheng Hoe gesa Selangor waspada ancaman Sri Pahang

Stadium Astro
Muzaffar Musa
14/04/2023
12:25 MYT
Sponsor Banner
Piala FA: Tan Cheng Hoe gesa Selangor waspada ancaman Sri Pahang
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, menggesa barisan pemainnya untuk berwaspada ancaman yang mampu disajikan Sri Pahang menjelang aksi pusingan kedua Piala FA di Petaling Jaya malam esok.
Tegasnya, skuad Gergasi Merah itu perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan, termasuk perlawanan diheret ke masa tambahan dan pertemuan sepakan penalti, kerana menyedari Sri Pahang juga bukan pasukan yang mudah untuk dijinakkan.
Pengendali berusia 54 tahun itu turut mengesahkan tonggak tengah kelahiran Jordan, Noor Al-Rawabdeh, tidak dapat diturunkan kerana masih bergelut dengan kecederaan betis.
Sebagai rekod, kedua-dua pasukan itu terikat seri 1-1 dalam saingan Liga Super pada bulan lalu.
"Sri Pahang mempunyai gerakan 'set-piece' yang cukup berbahaya di mana ada Bruno," katanya kepada Astro Arena.
"Selain itu, Azam Azih juga mampu melakukan hantaran terus yang boleh masuk ke dalam kawasan lawan dengan baik.
"Kami juga menyedari barisan pertahanan mereka memiliki pemain berpengalaman seperti Fadhli Shas dan penjaga gol, Izham Tarmizi (Roslan), juga bermain dengan sangat baik.
"Kami sedar mereka memiliki kemahiran individu dan kami juga perlu berwaspada dengan pemain sayap mereka, Baqiuddin (Shamsudin) yang nampak begitu memberikan impak.
"Kami barisan kejurulatihan bersedia terhadap sebarang kemungkinan kerana kami tidak boleh menganggap pasukan Sri Pahang boleh diselesaikan dalam tempoh 90 minit.
"Kami perlu ada strategi dan taktikal terbaik kerana ada kemungkinan perlawanan di heret ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video