PIALA FA INGGERIS
Piala FA: Taktikal Plymouth Argyle mirip Manchester United -- Arne Slot
Arne Slot membandingkan taktikal Plymouth Argyle yang kerap digunakan Manchester United selepas kelab tercorot Kejuaraan menyingkirkan Liverpool dari Piala FA.
Liverpool mengalami penyingkiran pusingan keempat susulan tewas 0-1 di Home Park, menamatkan peluang mereka untuk menjuarai quadruple.
Slot memilih untuk merehatkan pemain utama dengan Alisson Becker, Virgil van Dijk dan Mohamed Salah antara yang tidak diturunkan.
Iklan
Luis Diaz dan Diogo Jota pula diberikan tugas untuk memastikan kemenangan berdepan The Pilgrims namun gagal apabila berdepan corak pertahanan ampuh dipamerkan Plymouth.
Slot memberikan pujian penuh buat lawan dan percaya pasukannya bergelut dengan corak permainan hantaran jauh yang sentiasa memberikan tempoh sukar buat pasukannya.
Pengendali Liverpool itu memberikan ulasan yang sama berikutan seri 2-2 dengan United di Anfield awal bulan lalu, mengakui pasukannya memerlukan jalan penyelesaian apabila berdepan taktikal itu.
"Kita semua tidak akan tahu apa yang akan berlaku jika kami bermain dengan pemain utama kami," kata Slot.
"Perkara ini sering berlaku sepanjang musim bahawa taktikal lawan seperti ini sentiasa memberikan waktu sukar buat Liverpool.
"Taktikal hantaran jauh yang berterusan. Ia sukar untuk setiap pasukan.
"Kami berdepan kesukaran yang sama ketika bertemu United yang memiliki corak permainan yang sama."
Liverpool ketika ini masih lagi mendahului saingan Liga Perdana Inggeris dan berpeluang untuk mendahului dengan kelebihan sembilan mata apabila bertemu Everton pada Rabu.
Mereka bakal bertemu Newcastle United di final Piala EFL dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.
🗣️ "Not a lot to be happy about"Arne Slot reacts to Liverpool's shock defeat to Plymouth which sent them out of the FA Cup 🏆 pic.twitter.com/SU0xFrtPpB— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 9, 2025
Must-Watch Video