Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Selangor mudah benam cabaran Negeri Sembilan

fortes-selangor.jpg
SELANGOR 4 NEGERI SEMBILAN 0 

Selangor bakal menghitung pertemuan suku akhir Piala FA dengan Kuching City dua minggu lagi selepas melepasi rintangan Negeri Sembilan, sebentar tadi. 


Gergasi Merah tersebut tidak berdepan sebarang masalah untuk mengulangi kemenangan Liga Super 4-0 ke atas yang sama di Stadium MBPJ itu hasil daripada sentuhan pemusnah dua tonggak import, Yohandry Orozco dan  Alvin Fortes. 

Orozco terlebih dahulu memecah kebuntuan seawal minit ke-6 dan meraikan jaringan dengan gaya 'siu' sambil diperhatikan bintang kebangsaan, Faisal Halim, yang berada di tempat duduk penyokong. 

Selangor sekali lagi menggunakan ruang di sayap kiri itu untuk gol kedua perlawanan, juga melalui Orozco. 

Kelemahan benteng Negeri Sembilan kian terserlah berikutan dihukum dengan gol ketiga selepas Fortes mempunyai kesempatan untuk melepaskan rembatan di dalam kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 3-0. 




Selangor mengekalkan rentak serupa dalam babak kedua yang menyaksikan kegagalan penyerang import, Roni Fernandez, melunaskan sepakan penalti yang ditampan penjaga gol, Syahmi Adib, pada minit ke-64., 

Namun, kehampaan itu pantas ditebus oleh pemain import dari Belanda, Fortes, untuk gol keempat perlawanan, tiga minit kemudian bagi membunuh semangat pelawat. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video