Skip to main content

Badminton

Terbuka Denmark: Leong Jun Hao tersekat dalam pusingan pertama

ddd
Advertisement

Hari pertama Kejohanan Terbuka Denmark berakhir hampa buat perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, apabila tersingkir awal daripada perjuangan di saingan berstatus super 750 ini.

Berdepan Koki Watanabe, Jun Hao seakan terpana dengan aksi agresif lawan apabila jauh ketinggalan dalam set pertama 6-21 sebelum tampil bertenaga dalam set kedua untuk mendahului 6-4.

Advertisement

Namun, dominasi itu hanya bersifat sementara apabila Watanabe mengatur langkah untuk mendahului selepas rehat set kedua, sebelum pemain di ranking ke-16 dunia itu terus memastikan misi kebangkitan Jun Hao tidak menjadi realiti.

Dan Watanabe memacu kemaraan dengan straight game 21-6, 21-19.

Advertisement

Begitupun, perjuangan tiga set beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, berakhir dengan keputusan negatif apabila akur tewas kepada gandingan Chinese Taipei, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan.

Biarpun mengecapi kemenangan dalam set pertama 21-19, momentum tersebut gagal dikekalkan gandingan negara apabila akur terpaksa mengharungi aksi set penentuan selepas kekalahan 16-21.

Dan kestabilan gandingan ini terus diuji hebat lawan yang terus menampilkan aksi terpuji sekaligus slot pusingan kedua sah memihak Hong Wei-Nicole dengan kemenangan set ketiga 21-19.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video