Pemain tengah Penang, Haziq Kutty Abba, tampak mengakui kehadiran semula Arif Aiman dalam skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menjadi igauan buat pasukannya menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala FA Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Skuad Haria Penang Haria itu mencetuskan sensasi tersendiri apabila hanya tewas tipis 1-2 kepada JDT dalam pertemuan pertama di Stadium Bandaraya pada 17 Oktober lalu walaupun terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain.
Ia susulan pertahanan Ahmad Irfan dilayangkan kad merah sebelum berakhir babak pertama, lawan ketika itu bagaimanapun beraksi tanpa Arif Aiman yang menghadiri Majlis Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia kali ke-29 di Riyadh.
Begitupun, Arif dijangkakan bakal mengetuai misi Harimau Selatan untuk aksi timbal balik selepas cemerlang memacu pasukan dengan kemenangan sempurna dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan saingan Liga Super baru-baru ini.
Skuad kendalian Xisco Munoz Chengdu Rongcheng 2-0 di tempat lawan, kemudiannya berpesta jaringan 10-0 ke atas DPMM di laman sendiri sekali gus beri amaran buat skuad Harimau Kumbang.
"Saya mengakui Arif Aiman pemain terbaik buat masa ini dan kami harap kami dapat memberikan cabaran kepada mereka.
"Saya boleh janjikan usaha saya untuk memberikan satu saingan di bahagian tengah, sentiasa menekan dan berharap dapat membantu pasukan." katanya.
Gear Up Sekarang

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang