PIALA FA MALAYSIA
Piala FA: Sah! Faisal Halim dalam senarai pemain Selangor berdepan Terengganu
Penyerang Selangor, Faisal Halim, kembali disenaraikan dalam skuad Selangor menentang Terengganu dalam saingan Piala FA Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
Ini berikutan namanya berada dalam barisan 18 pemain yang bakal membawa cabaran misi wajib menang berdepan saingan Terengganu untuk melayakkan diri kem peringkat akhir.
? ????? ?? ?Kesebelasan utama bagi perlawanan #SFCTER sebentar lagi! ?Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil telah membuat lima pertukaran bagi perlawanan malam ini. Selamat berjuang #GergasiMerah!Dikuasakan oleh @sugarbombgroup #SFC #MKLK#MerahKuning… pic.twitter.com/uZqnn2IAx4— Selangor FC (@selangorfc) August 3, 2024
Iklan
Selangor tewas 3-2 ketika beraksi dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 19 Julai lalu.
Kali terakhir pemain berusia 26 tahun itu beraksi adalah ketika saingan Selangor Asia Challenge Cup 2024 dengan menyaksikan dia berjaya membawa The Red Giants menjuarai cabaran itu di MBPJ.
Must-Watch Video