Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Perjalanan tiga pasukan kerdil disekat

caion.jpg
SELANGOR 6 HARINI FT 0 

Tiada kejutan dalam hari pembukaan pusingan pertama Piala FA apabila tiga pasukan pilihan melepasi rintangan masing-masing sebentar tadi. 


Selangor yang mempertaruhkan empat pemain import tidak berdepan masalah untuk mengetepikan seteru daripada Liga M3, Harini FT, apabila selesa mendahului 3-0 dalam separuh masa pertama di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Selepas jaringan Herlison Caion, Hyuri Henrique dan Safuwan Baharuddin, tuan rumah tidak berdepan masalah untuk menyumbat tiga gol lagi dalam baki babak.

Syahir Bashah cuma memerlukan dua minit sebaik permainan bersambung untuk gol keempat perlawanan sebelum Caion melengkapkan hatriknya dalam tempoh tiga minit pertengahan perlawanan. 

Penang turut mengelak kejutan apabila meratah Bukit Tambun 4-0 sementara kelab Liga Perdana, Kelantan United, menyingkirkan Kinabalu Jaguar juga dengan keputusan sama. 

Sementara itu, perlawanan melibatkan Melaka United dan PIB FC di Stadium Hang Jebat, malam esok, terpaksa ditunda berikutan seramai 20 anggota skuad itu dilaporkan positif COVID-19. 

Justeru, dua perlawanan akan diadakan esok melibatkan Sabah lawan Respect dan Kedah Darul Aman berdepan KSR Sains. 



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video