Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Peralihan dari penyerang ke posisi terbuka bantu Akinade hukum Selangor di Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akinade.jpg
Pemain serba boleh Terengganu, Ismahil Akinade, mengakui peralihannya daripada posisi penyerang utama ke posisi yang lebih terbuka membantunya untuk mengeksploitasi kelemahan lawan.

Ini selepas jaringannya memastikan Terengganu menewaskan Selangor 3-2 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Akinade menjaringkan gol terakhir Terengganu pada minit ke-70 untuk memastikan skuad Peteh itu membawa kelebihan satu gol menjelang aksi kedua di Petaling Jaya awal bulan depan.

Ditemui selepas perlawanan itu, dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Nombor sembilan di jersi saya hanyalah nombor.

"Apa yang paling penting, anda memberikan 100 peratus setiap kali anda melintasi garisan putih. Itulah yang lebih penting dan bukannya nombor ini.

"Saya pernah menjaringkan gol seperti ini sebelum ini dan apabila saya melihat Nurillo (Tukhtasinov), saya berharap dia dapat melihat saya. Kemudian dia melihat mata saya dan saya terus melakukan larian kerana saya sudah tahu apa yang perlu saya lakukan dengan sedikit sentuhan.

"Ia pasti sukar buat penjaga gol, saya hanya gembira dapat menemui sasaran," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video