Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Penang masih belum mahu kibar bendera putih bertemu JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-rohaimi.jpg
Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, menjangkakan tugas getir menanti pasukannya menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri hujung bulan ini.

Pasukan Pulau Mutiara itu tewas tipis 1-2 dalam aksi pertama di Stadium Bandaraya malam tadi.

Sedar akan keampuhan lawan itu di laman sendiri dalam aksi kedua nanti, Wan Rohaimi, bagaimanapun, memberi jaminan pasukannya tidak akan mengibarkan bendera putih sebelum berjuang.

"Bukan senang untuk bermain dan bertahan selama 90 minit (menentang JDT) dan pemain saya telah membuktikan bahawa Penang sebenarnya memiliki kualiti," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Jadi (keburukan) prestasi lalu dapat ditutup dengan aksi ketiga selepas menewaskan Melaka dan Negeri Sembilan, di mana hari ini, kami membuktikan bahawa kami berada di landasan tepat.

"Saya akui 90 minit di SSI akan menjadi amat-amat sukar untuk mengimbangi JDT kerana ia merupakan laman mereka dan sudah pasti mereka tidak akan memberikan ruang buat kami.

"Saya harap komitmen yang ditunjukkan malam ini dapat diteruskan untuk perlawanan selepas ini," katanya.
 
Garmin

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video