Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Pemain Man United dijangka berdepan hukuman berat?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manuel-ugarte.jpg
Kemenangan penuh dramatik Manchester United dalam saingan Piala FA ke atas Arsenal semalam mungkin mempunyai impak besar untuk Manuel Ugarte.

Ketegangan memuncak susulan penalti yang dipertikaikan diberikan kepada Arsenal berikutan tindakan Harry Maguire yang dianggap menjatuhkan Kai Havertz, ketika perlawanan terikat 1-1. Maguire cuba berdepan Havertz, hingga mencetuskan pergaduhan besar-besaran berlaku, dengan Ugarte kelihatan menanduk pemain Jerman itu dalam kekacauan yang berlaku selepas itu.

Pengadil, Andy Madley, nampaknya terlepas pandang tindakan Ugarte, sementara penggunaan VAR dikecualikan daripada pusingan ketiga dan keempat Piala FA, insiden itu mungkin menghadapi penelitian lanjut.

Jika Ugarte didapati melakukan kesalahan, dia berkemungkinan berdepan penggantungan tiga perlawanan. 

Penalti Martin Odegaard yang diberikan pengadil berjaya ditepis keluar oleh Altay Bayindir sebelum The Red Devils melengkapkan kemenangan menerusi penentuan penalti susulan terikat 1-1 sehingga tamat 120 minit waktu permainan. 
 

Advertisement

Must Watch Video