Kurang 12 jam selepas kejayaan menyingkirkan Malaysian University malam tadi, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah pun menjalani latihan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, pagi tadi.



Ketua jurulatih Harimau Selatan, Hector Bidoglio, mengarahkan sebilangan pemain terutama yang tidak terlibat dalam kemenangan bergaya 8-0 di peringkat suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi, perlu menjalani sesi latihan hari ini bagi tujuan mengekalkan kecergasan termasuk Corbin-Ong, Hong Wan, Syahmi Safari, Nazmi Faiz dan Daryl Sham yang tersenarai di bangku simpanan.

Malah, kelibat pemain yang diura-urakan akan meninggalkan kelab dalam tempoh perpindahan akan datang, Jalil Elias, turut kelihatan.

Mereka hanya akan bertemu Sabah bagi perlawanan Liga Super dalam tempoh seminggu lagi.