Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Natxo Insa ulas misi berdepan UM-Damansara United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

natxo-insa.jpg
Selesai tugasan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), fokus Johor Darul Ta'zim (JDT) seterusnya terarah kepada aksi timbal balik pusingan 16 Piala FA bertemu UM-Damansara United, malam esok. 

Juara bertahan kejohanan tersebut memiliki bekalan lima gol daripada pertemuan pertama, sekali gus barisan pemain utama dijangka direhatkan dalam pertemuan di tempat sendiri itu.

Ini kerana perlawanan berlangsung kurang daripada 48 jam selepas mereka mengharungi aksi yang menguji mental dan fizikal pemain bertemu kelab Jepun, Machida.

"Kami dalam situasi buruk, kami kehilangan tiga tonggak utama. 

"Kami berdepan sebuah yang handalan dan kami dapat melakukannya dengan baik. 

"Mungkin dalam separuh kedua kami agak menderita. Tapi apabila perlu bertahan mahupun menyerang, kami melaksanakannya. 

"Ia satu perlawanan yang rumit," kata pemain tengah, Natxo Insa. 

Natxo selaku tonggak berpengalaman dijangka mengetuai skuad Harimau Selatan berdepan Damansara dengan misi pasukan sudah pasti untuk memastikan kekebalan gawang.

"Kami mempunyai sebuah skuad yang mantap tetapi kami perlu mengharungi jadual yang padat. 

"Kami kini bersaing di peringkat yang tinggi jadi bukan mudah untuk berikan persembahan baik dalam setiap perlawanan. 

"Tetapi setakat ini semua pemain beraksi dengan baik.

"Kami mempunyai ramai pemain berkualiti dan semua pemain mahu mempamerkan prestasi hebat," katanya. 
 
Football

Beri Lebih Dari 100%

Kawalan & keyakinan di padang bermula dengan kasut bola yang tepat.


Jom Usha

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video