Menjelang pertembungan separuh akhir pertama Piala FA, Kedah Darul Aman (KDA) bagai menempuh onak duri apabila menempuh perjalanan berliku bertemu juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darulaman, esok.
Skuad kendalian Nafuzi Zain mendedahkan bahawa persiapan pasukannyya sedang berada di landasan terbaik selain menghembus nafas lega terhadap keseluruhan pemain yang bebas daripada kecederaan untuk menghadapi tentangan sengit kelab gergasi Liga Super itu.
Namun, Sang Kenari dilihat tempang tanpa bantuan penyerang utama, Syafiq Ahmad, yang tidak dapat diturunkan sambil mengharapkan ketajaman daripada pemain import, Ebenezer Assifuah atau Milos Gordic, sebagai penyandang untuk merobek jaringan JDT.
Jurulatih berusia 45 tahun itu ingin anak-anak buahnya mempamerkan disiplin yang tinggi bagi membentuk formasi pertahanan kental bagi mengelakkan sebarang kesilapan mudah berlaku.