Barisan kendaliannya mara ke final pertandingan itu tahun lalu tetapi ditumbangkan 1-2 oleh pencabar Manchester United di Wembley, Mei lalu.
Selepas penghujung tahun 2024, The Citizens memulakan tahun baru dengan kemenangan selesa 4-1 ke atas West Ham, memperoleh kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak Oktober lalu.
Dan Guardiola akan yakin dapat meraih kemenangan ketiga berturut-turut memandangkan rekod cemerlang City di peringkat kejohanan ini dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Mereka tidak pernah tersingkir dalam pusingan ketiga Piala FA sejak 2011-12 yang menyaksikan tewas 2-3 kepada Man United. Termasuk perlawanan timbal balik, mereka telah menang 11 perlawanan pusingan ketiga terakhir mereka dengan agregat 46-4.
Sejak tewas 0-1 kepada Wigan dalam pusingan kelima Piala FA pada 2017-18, City juga telah memenangi 24 perlawanan terakhir ke atas kelab divisyen bawahan (baik dalam Piala EFL dan Piala FA) dengan agregat 88-12.
Up for the cup 🏆 pic.twitter.com/rRKQOq8dHD
— Manchester City (@ManCity) January 9, 2025
Justeru, sempena pertemuan dengan Salford pada malam ini, Guardiola berhasrat untuk memberikan perhatian penuh kepada perlawanan ini.
“Saya telah tinggal di Salford sejak lapan tahun yang lalu jadi saya akan menentang kejiranan saya, kampung halaman saya,” kata Guardiola.
“Saya sangat menghormati pengurusnya, Karl Robinson. Kami pernah bertembung beberapa tahun lalu di Oxford dan ketika itu dia merupakan pembantu kepada Sam Allardyce di Leeds.
“Dalam enam perlawanan terakhir, kami cipta enam gol tanpa bolos dan meraih enam kemenangan, jadi saya sangat menghormati mereka dan apa yang mereka lakukan daripada ketekalan dan kami akan mengambilnya dengan serius, seperti yang sering kami lakukan.
"Mudah-mudahan, kami dapat bermain dengan baik dan menjadikannya tiga kemenangan berturut-turut -- sudah lama ia tidak berlaku."