KUCHING CITY 2 SELANGOR 1

Perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Negeri, Kuching, menyaksikan naib juara Liga Super 2023, Selangor, terpaksa mengakui kehebatan Kuching City selepas gagal membawa kemenangan ke aksi timbal balik seterusnya di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).


Skuad kendalian Nidzam Jamil membuka jaringan menerusi penyerang import Roni Fernandez susulan tangkap kurang kemas daripada penjaga gol, Shahril Sa'ari, untuk memberikan kelebihan buat pasukan Selangor.

Sebelum memasuki ke bilik persalinan, pertahanan, James Okwuosa, menyamakan kedudukan selepas perebutan di hadapan gol Selangor yang mengucar-kacirkan keadaan untuk menyamakan keputusan.

Berselang babak kedua permainan, anak-anak buah Aidil Sharin Sahak seakan-akan disuntik tonik semangat juang tinggi apabila kerap kali memberikan asakan kepada barisan pertahanan Selangor.

Di sebalik kecemerlangan benteng terakhir skuad gergasi merah kuning tu, bekas pemain Terengganu, Jordan Mintah, mudah menampak bola untuk memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah susulan kekeliruan yang berlaku di antara pertahanan kebangsaan, Shahrul Nazeem dan penjaga gol, Samuel Somerville.