Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, tidak mahu situasi ketika dimalukan dengan kekalahan 6-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) berulang sekali lagi.
Sebaliknya, jurulatih berusia 46 tahun itu mahu lihat keseimbangan permainan menjelang aksi berdepan anak buah Xisco Munoz itu dalam saingan pertama Piala FA Malaysia, Jumaat ini.
JDT kehilangan tiga pemain utama iaitu Hector Havel, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal yang menjalani penggantungan penganjur Liga Super, Malaysia Football League (MFL).
Keadaaan itu bagaimanapun bukan kelebihan ketara buat Wan Rohaimi yang melihat kekuatan skuad Harimau Selatan tidak hanya terarah kepada tiga pemain itu semata-mata.
Bagi Wan Rohaimi sendiri, JDT memiliki barisan pemain berkualiti dimana pasukannya perlu di mengerah keringat untuk bekerja keras seandainya mahu tampil dengan lebih berkesan.
"Umum mengetahui kekuatan JDT tidak bergantung pada tiga pemain itu sahaja, mana-mana pemain membarisi kesebelasan utama JDT boleh dikatakan seimbang.
"Kami akan lakukan yang terbaiik untuk raih keputusan positif untuk dibawa ke perlawanan kedua nanti," katanya.
Kejayaan mengatasi Negeri Sembilan dilihat sebagai petanda yang cukup baik, bahawa pemainnya sudah melalui proses kematangan selepas melalui aksi suram dalam awal musim sebelum ini.
"Satu situasi yang dikehendaki apabila pemain dalam keadaan terbaik untuk bersaing, saya lihat persaingan positif untuk rebut tempat.
"Saya yakin mana-mana pemain yang diberikan tanggungjawab akan beri aksi positif, saya akui bermula perlahan tetapi dua aksi terakhir adalah momentum berlainan." tambahnya.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang