Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: JDT, Kuching City melangkah garang ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-kuch.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuching City meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Piala FA Malaysia 2025/26.

JDT tidak berdepan masalah menewaskan Penang 3-0 dengan secara agregat 5-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Barisan pertahanan anak buah Wan Rohaimi berdisiplin dalam awal set pertama, namun Bergson memecahkan kebuntuan itu pada minit ke-38 untuk meletakkan pasukan tuan rumah mendahului 1-0.

Selang dua minit kemudian, giliran Jonathan Silva menggandakan jaringan selepas pengadil mengesahkan jaringannya menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) susulan didakwa ofsaid.

Sebelum masuk ke bilik persalinan, tandukan kencang Eddy Israfilov sekali lagi menewaskan Ramdhan Hamild daripada situasi sepakan penjuru untuk meletakkan JDT mendahului 3-0 dan secara agregat 5-1.

Masuk babak kedua, pengadil perlawanan menafikan gol yang tercipta daripada rembatan kaki kiri Arif Aiman Hanapi pada minit ke-58 susulan Romel Morales terlebih dahalu berada dalam posisi ofsaid.

Beberapa siri serangan yang dirancang anak buah Xisco Munoz berjaya dipatahkan skuad Harimau Kumbang, namun terpaksa akur tewas 0-3 dan tersingkir di peringkat suku akhir.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Kuching City tewas tipis 1-2 kepada Terengganu, namun anak buah Aidil Aidil Sharin meneruskan kemaraan ke separuh akhir menerusi kemenangan secara agregat 5-3 di Stadium Negeri, Sarawak.


 

JDT dan The Cats akan membuat perhitungan dalam aksi separuh akhir Piala FA bulan depan.
Football

Nike Phantom 6 Low Academy

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video