Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, tidak terganggu dalam persiapan menuju ke Final Piala walau terdapat beberapa laporan dia akan dipecat selepas perlawanan itu berlangsung.

Dilaporkan juga, Manchester United sendiri enggan memberikan apa-apa komen mengenai desas-desus yang tular di seluruh media itu.

Namun, ia ibarat skrip sama akan terjadi seperti mana yang berlaku pada bekas Pengurus Red Devils sendiri, Louis Van Gaal, yang dipecat sejurus selepas memenangi Piala FA Inggeris pada musim 2015/16.

Erik ten Hag juga ada memberi komen berkenaan masa depannya ketika ditanya tentang perbincannya bersama kelab berkenaan kontraknya di sidang media pra-perlawanan pada jumaat.




"Tiada, kami sudahpun melakukannya (perbincangan) dan pada ahad saya akan pergi bercuti, saya rasa saya layak untuk pergi bercuti.

"Tidak perlu untuk risau tentang itu (kontrak), kita akan fokus untuk musim depan," kata Erik ten Hag