Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Pertama kali layak separuh akhir sejak 35 tahun lalu, biarkan Nottingham Forest 'memasak'!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nottingham.jpg
Penjaga gol Belgium, Matz Sels, menjadi wira Nottingham Forest menewaskan Brighton & Hove Albion menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 untuk mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris.

Perlawanan terpaksa diheret merentasi masa tambahan dan terus ke acara terakhir untuk menentukan kemenangan selepas kedua-dua pasuka terikat 0-0 yang menyaksikan mereka gagal memecahkan kebuntuan masing-masing.

Meskipun Neco Williams tersasar, namun kecemerlangan Matz Sels menyelamatkan keadaan memberi talian hayat kedua buat pasukan pelawat mengubah kedudukan.
 
Sepakan terakhir Ryan Yates membawa skuad kendalian Nuno Espirito Santo ke Stadium Wembley buat julung kalinya selepas sekian lama.

Untuk rekod, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah tewas sebanyak tiga kali ketika bermain di peringkat tersebut.

Dan ini adalah kali pertama mereka layak ke separuh akhir selepas 35 tahun lalu sewaktu menjadi naib juara kepada Tottenham Hotspur pada musim. 1990/91.

"Ia sangatlah saat yang sukar untuk berkongsi dengan peminat, tetapi kami sangat gembira.

 

"Kami tidak beraksi dengan sempurna, namun penguasaan bola secara keseluruhan tidak mengkhianati kami.

"Kami harus memberi tumpuan kepada EPL juga. Ia adalah momen indah untuk kami," kata Nuno Espirito Santo.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Piala FA Inggeris
Sabtu, 06 Dis
Round 2
03:30 AM
Salford City-team-logo Salford City
Leyton Orient-team-logo Leyton Orient
11:00 PM
Exeter City-team-logo Exeter City
Wycombe Wanderers-team-logo Wycombe Wanderers
11:00 PM
Peterborough United-team-logo Peterborough United
Barnsley-team-logo Barnsley
11:00 PM
Fleetwood Town-team-logo Fleetwood Town
Luton Town-team-logo Luton Town
11:00 PM
Grimsby Town-team-logo Grimsby Town
Wealdstone FC-team-logo Wealdstone FC
11:00 PM
Swindon Town-team-logo Swindon Town
Bolton Wanderers-team-logo Bolton Wanderers
11:00 PM
Stockport County-team-logo Stockport County
Cambridge United-team-logo Cambridge United
11:00 PM
Port Vale-team-logo Port Vale
Bristol Rovers-team-logo Bristol Rovers
11:00 PM
Wigan Athletic-team-logo Wigan Athletic
Barrow-team-logo Barrow
11:00 PM
Cheltenham Town-team-logo Cheltenham Town
Buxton FC-team-logo Buxton FC
11:00 PM
Chelmsford City-team-logo Chelmsford City
Weston Super Mare-team-logo Weston Super Mare
11:00 PM
Milton Keynes Dons-team-logo Milton Keynes Dons
Oldham Athletic-team-logo Oldham Athletic
11:00 PM
Accrington Stanley-team-logo Accrington Stanley
Mansfield Town-team-logo Mansfield Town

Must Watch Video