Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Megah tewaskan Liverpool, PlyMouth tersungkur di depan Man City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

city1.jpeg

Maksym Talovierov sekadar memberi harapan palsu kepada penyokong dengan jaringan awal pada minit ke-38 sebelum ditewaskan 1-3 kepada juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City, dalam perlawanan Piala FA Inggeris, malam tadi. 

Untuk rekod, sebelum ini Plymouth menyingkirkan Liverpool pada pusingan lalu yang menyaksikan Liverpool gagal merebut kejuaraan itu.

Sebelum tamat separuh masa pertama, bintang muda England, Nico O'Reilly, menyamakan keduduka 1-1 dan terus memacu kebangkitan skuad kendalian Pep Guardiola apabila menghadiahkan jaringan kedua pada minit ke-76.

Pasukan tuan rumah menikmati kemenangan di laman sendiri selepas pemain veteran, Kevin De Bruyne, melengkapkan malam The Citizen, sekali gus melayakkan diri ke pusingan seterusnya. 

Advertisement

 


Bekas pengendali Barcelona itu berkata, pemain kebangsaan Belgium itu mungkin menjadi tiga atau lima pemain terbaik dalam sejarah kelab, tetapi tidak dipastikan sama ada dia akan terus berada di Stadium Etihad ataupun tidak musim depan. 

"Setiap kali melihat dia beraksi, saya adalah manusia paling gembila. 

"Dia sering bermain dengan baik.

"Tetapi dia siapa yang tahu hala tujunya musim depan," katanya.  

Must Watch Video