Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Matz Sels wira Nottingham Forest mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matz.jpg
Matz Sels muncul wira Nottingham Forest apabila menyelamatkan pasukannya untuk menewaskan Ipswich Town 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris berdepan Ipswich Town, awal pagi tadi.

Forest menewaskan pasukan divisyen bawahan, Exeter City, menerusi sepakan penalti dalam aksi pusingan keempat sekali lagi memerlukan penentuan sepakan itu untuk mara ke suku akhir.

Ipswich terlebuh dahulu mendahului pada minit ke-53 hasil tandukan George Hirst City Ground, sebelum Ryan Yates menyamakan kedudukan hingga berakhir babak kedua untuk membawa ke penentuan sepakan penalti.

Ketika semua pemain menyempurnakan sepakan penalti, Jack Taylor merupakan satu-satunya pemain Ipswich yang gagal dan Berjaya diselamatkan Sels untuk menang 5-4.


 

Dalam pada itu, pengendali pasukan, Nuno Espirito Santo, menjelaskan dia memerlukan seluruh pemain untuk bertahan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan untuk aksi suku akhir nanti berdepan Brighton nanti.

"Kami akan memerlukan semua pemain. Tiada cara lain, pemain harus bersabar, bertanggungjawab dan menghormati sesiapa yang beraksi di atas padang." katanya.





 

Advertisement

Must Watch Video