Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Marselino Ferdinan beroleh kesempatan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marselino-ferdinan.jpg
Marselino Ferdinan menempa sejarah buat bola sepak Indonesia apabila membuat kemunculan sulung dalam kancah di England.

Dia membuat penampilan pertamanya dalam Piala FA  Inggeris ketika Oxford United bertemu Exeter City, awal pagi tadi. 

Pemain berusia 20 tahun itu mendapat kesempatan selama 8 minit oleh kelab yang sedang berjuang dalam divisyen kedua kancah di England itu yang disertainya sejak Ogos lalu, namun perjalanan mereka dalam Piala FA Inggeris terhenti dalam pusingan ketiga berikutan tumbang 1-3. 
 

Advertisement

Must Watch Video