Pengurus Stevenage, Steve Evans, mendedahkan kemenangan dalam aksi Piala FA ke atas Aston Villa telah memberikan 'hari terbaik sepanjang hidup' buat pengerusi kelab, Phil Wallace.
Kelab yang beraksi dalam Liga Dua melakar kejutan di Villa Park, dengan dua jaringan lewat menyaksikan mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas skuad kendalian Unai Emery.
Villa, yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Leander Dendoncker dilayangkan kad merah memberikan peluang Jamie Reid menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Dean Campbell meledak gol kemenangan pada minit ke-90.
Kesilapan yang dipamerkan tuan rumah tidak berada di fikiran pengendali Stevenage, Evans, yang berkongsi coretan perbualan yang dia nikmati bersama majikannya.
"Ia benar-benar istimewa," katanya kepada BBC Sport. “Pengerusi hanya berkata kepada saya ia adalah hari paling hebat dalam hidupnya dan dia telah bersama kelab selama 26-27 tahun.
"Ia adalah hari yang hebat untuk bandar ini tetapi kami tidak akan menipu diri sendiri; ini adalah kelab bola sepak yang hebat dan kami akan menikmati masa ini dan mereka telah memberikan sokongan yang sangat hebat sejak kami masuk ke dalam stadium hari ini.
"Kami akan tahu perlu kekal merendah diri dan meneruskan kerja kami untuk aksi berikutnya."
Ia sememangnya kembali kepada realiti untuk kelab divisyen empat itu, yang bertandang bertemu Harrogate pada hujung minggu depan ketika promosi mereka diteruskan.
Bagi Villa, yang mengalu-alukan kedatangan Leeds United pada hari Jumaat, ia adalah satu peringatan yang nyata bahawa, walaupun mengorak langkah sejak pelantikan Emery pada Oktober, mereka masih mempunyai perjalanan yang jauh.

WE'VE DONE ITTTT!! ? pic.twitter.com/A8am8UYeQp
— Stevenage FC ?⚪ (@StevenageFC) January 8, 2023