Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris kekal tradisi beri ruang pemain berbuka puasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marmoush.jpg
Perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris akan diberhentikan sebentar untuk memberi laluan kepada pemain berbuka puasa.

Pemain akan diberi kelonggaran untuk berbuka puasa ketika situasi sepakan gol dan bebas atau lontaran ke dalam, sesuatu yang diperkenalkan Persatuan Bolasepak England (FA) dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu. 





Situasi ini tidak akan merangkumi 'cooling break' yang lazimnya perlawanan dihentikan di pertengahan babak disebabkan cuaca panas mahupun waktu taktikal. 

Waktu berbuka pada hari pertama Ramadan di wilayah Manchester ialah 5:47 petang -- 47 minit selepas sepak mula membabitkan perlawanan Manchester City menentang Plymouth (awal pagi esok), dan United akan bertemu Fulham pada 4:30 petang pada hari berikutnya (tengah malam Isnin di Malaysia) dengan matahari terbenam pada 5:49 petang.


 

Advertisement

Must Watch Video